

Isfa's email address and phone number have been validated.
Isfa
- Rate ₹467
- Response 1h

₹467/hr
Mengajar subjek Bahasa Melayu bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah secara dalam talian (online)
Class location
- Online
About Isfa
Hai, saya merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu Profesional lepasan Universiti Malaya dan amat meminati subjek BM. Justeru, saya ingin menjadi tutor subjek BM bagi berkongsi ilmu pengetahuan yang saya miliki kepada pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah bagi membantu mereka meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dengan kaedah dan teknik pengajaran yang terkini.
Kemahiran asas dalam bahasa Melayu, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis akan ditekankan dalam sesi pengajaran saya kerana kemahiran ini amat penting untuk dikuasai bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Di samping itu, kemahiran seni bahasa dan tatabahasa juga turut akan dititikberatkan dalam sesi pengajaran saya selaras dengan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) bagi subjek Bahasa Melayu.
Oleh itu, kesemua kemahiran-kemahiran ini akan diterapkan dalam sesi pengajaran saya dan saya akan memberikan latihan latih tubi secara berterusan bagi meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap kemahiran-kemahiran dalam subjek ini. Semoga ilmu pengetahuan yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada semua pelajar.
About the class
- All Levels
- English
All languages in which the class is available :
English
Teknik dan kaedah pengajaran :
- Menggunakan kaedah pembelajaran abad-21 dengan teknik pengajaran yang terkini untuk meningkatkan tahap kefahaman pelajar.
- Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang bersesuaian dengan tahap pelajar dan silibus pembelajaran selaras dengan DSKP Bahasa Melayu.
- Mengaplikasikan strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pelbagai pendekatan terkini seperti pembelajaran kecerdasan pelbagai, konstekstual, konstruktivisme, koperatif, penyelesaian masalah, modular dan sebagainya.
Tempoh pengajaran :
- 2 jam dalam seminggu (8 jam sebulan)
- Setiap hari Sabtu pada pukul 9 pagi - 11 pagi (Waktu boleh bincang).
Latar belakang pendidikan :
- Lepasan graduan Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu Profesional lulus dengan kepujian (dengan cemerlang) bagi sesi 2017/2018.
- Baru sahaja menamatkan Diploma Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu di Universiti Malaya dengan PNGK 3.94 dan bakal bergraduasi pada tahun 2023.
Pengalaman Mengajar :
- Mengajar bahasa Melayu di tingkatan enam (SMK Labuan, Labuan) selama 16 minggu (Latihan Mengajar).
- Mengajar bahasa Melayu tingkatan tiga dan tingkatan empat (SMK Seri Pagi, Negeri Sembilan) selama 10 minggu (Latihan Mengajar).
- Mengajar bahasa Melayu di sekolah rendah (SJK (C) Chi Wen, Labuan) selama dua bulan (kontrak).
- Mengajar bahasa Melayu secara tuisyen selama lapan bulan di Pusat Tuisyen Labuan bagi tahap sekolah rendah.
Ingin mencari pelajar yang berminat bagi tahap :
- Pelajar sekolah rendah tahap satu (tahun 1, 2 dan 3).
- Pelajar sekolah rendah tahap dua (tahun 4, 5 dan 6).
- Pelajar sekolah menengah tahap rendah (tingkatan 1,2 dan 3) sahaja.
Rates
Rate
- ₹467
Pack prices
- 5h: ₹2,335
- 10h: ₹4,670
online
- ₹467/hr
Details
1) Sehari (online) = RM40 (2 jam/2 hrs)
2) One to one (online) - Sehari = RM80 (2jam/2hrs)
Similar teachers in
Dipanwita
Kolkata & Online
- ₹1,000/hr
- 1st class free
Aayush
Indore & Online
- ₹800/hr
- 1st class free
Nilanjana
New Delhi & Online
- ₹800/hr
- 1st class free
Vipin
Kochi & Online
- ₹1,000/hr
- 1st class free
Ranjan
Patna & Online
- ₹700/hr
- 1st class free
Prabhat
Mumbai & Online
- ₹999/hr
- 1st class free
Preity
Navi Mumbai & Online
- ₹3,000/hr
- 1st class free
Rohan
Bengaluru & Online
- ₹500/hr
- 1st class free
Priyanka
Kolkata & Online
- ₹450/hr
- 1st class free
Abhishek
Noida & Online
- ₹850/hr
- 1st class free
Rekha
Mumbai & Online
- ₹800/hr
- 1st class free
Ankur
Bengaluru & Online
- ₹1,600/hr
- 1st class free
Vaibhavi
Pune & Online
- ₹1,200/hr
- 1st class free
Varsha
Pune & Online
- ₹999/hr
- 1st class free
Amninder
Pathankot & Online
- ₹650/hr
- 1st class free
Harika
Hyderabad & Online
- ₹800/hr
- 1st class free
Ravinder
Bengaluru & Online
- ₹250/hr
-
More teachers
